Pendahuluan i-Sinar KWSP Sehingga RM10,000

November 18, 2020

Dalam Siaran Media KWSP menyatakan bahawa Pendahuluan KWSP i-Sinar bagi pencarum yang terjejas bakal diperluaskan. Wah ini semestinya peluang yang memberi sinar harapan kepada sesiapa yang mengalami masalah kewangan disebabkan Pandemic Covid-19. Apakah Syarat Syarat Pendahuluan i-Sinar KWSP ni? 


Pendahuluan i-Sinar KWSP maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

cara pengeluaran i sinar kwsp, pengeluaran i sinar, kwsp covid 19, pengeluaran akaun 1 kwsp

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.


Amaun Akan Terus Dikreditkan Ke Dalam Akaun Ahli Memohon


Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.





Ahli Perlu Ganti Semula Pendahuluan i-Sinar

Apa bezanya Pengeluaran dan Pendahuluan? Yes Pendahuluan ini kena diganti semula.

Agak mengejutkan kerana KWSP memilih pendekatan supaya Pendahuluan dibayar semula setelah berakhirnya Covid 19 dan pencarum membuat caruman semula. Walaubagaiamanapun kami percaya ianya adalah untuk kebaikan dan masa depan kewangan pencarum yang lebih cerah.

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.


You Might Also Like

0 comments