Suami Baru Izreen Azminda Jom Kenal Dengan Pemuzik Ude

December 05, 2017

Isu panas lagi bila pelakon popular Malaysia Izreen Azminda yang telah sah bernikah dengan seorang pemuzik bernama Ude. Lebih panas kerana Ude ialah suami orang dan ayah kepada dua orang anak. Izreen dituduh dan dikecam netizen di social media kerata dikatakan telah merampas suami orang. Siapakah sebenarnya lelaki yang dikatakan seorang pemuzik bernama Ude ni?

Siapa Ude, Pemuzik Ude, Gegar Vaganza 4, suami izreen azminda,

Betul lah kata orang kalau dah jodoh tak kemana, mungkin mereka dan cuba elak tapi jodoh tu kira kuat maka bernikahlah mereka. Kesian Izreen dikecam hebat kerana lumrah menajdi isteri kedua memang mengundang pelbagai spekulasi. Dan itulah yang dihadapi Izreen sekarang. Walaubagaimanapun suasana reda sekejap apabila isteri Ude menjelaskan bahawa dirinya sebagai isteri pertama dapat menerima Izreen sebagai isteri kedua dan menjadi madunya. Wahhh hebat wanita ini sanggup berkongsi kasih demia keharmonian rumah tangganya.

Siapa Ude, Pemuzik Ude, Gegar Vaganza 4, suami izreen azminda, izreen azminda bermadu,


Nama Sebenar Ude

Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29 tahun merupakan seorang pemuzik bebas yang sering mengiringi persembahan di stesen tv tempatan khusunya. Terbaru beliau sekarang mengiringi persembahan muzik untuk sebuah Rancangan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Gegar Vaganza musim ke 4. Kelibat Ude sebagai keyboardist Gegar Vaganza 4  seringkali terlihat sewaktu artis membuat latihan dan semasa konsert di malam persembahan.

Mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu bersama isterinya Intan Liana Saleh, 32, dan memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.



CiliCheese berharap Izreen, Ude dan isteri pertama Ude dapat merungkai pertanyaan dan menepis kecaman netizen terhadap mereka sekarang ini.

You Might Also Like

0 comments