Tips Kurus Dengan Lemon Sahaja

November 29, 2017

Nak kurus ni tak lah susah mana jika kita pandai jaga permakanan. tapi yang paling penting jika kita tahu apa superfoods yang boleh membantu kita mencapai berat yang diingini. Tahu tak, lemon adalah buah paling senang didapati untuk menguruskan badan. Jom baca tips kurus dengan lemon sahaja.

Image credit to wellnessdose.com


Lemon dan Madu

Hanya campurkan 300ml ais suam, 1/2 biji perahan jus lemon dan 1 sudu besar madu. Minum 2 kali sehari 30 minit sebelum sarapan dan 30 minit sebelum tidur. Korang akan rasai perubahan badan lebih ringan, bertenaga dan cergas bila amalkan selama seminggu dan minggu seterusnya. Bila badan bertenaga membantu korang lebih aktif.

Lemon Dan Garam

Hanya campurkan sebiji perahan jus lemon dan setengah sudu teh garam. Kacau dan minum setiap pagi. Gabungan lemon dan garam membantu proses pencernaan dengan lebih cepat dan membantu menyahkan lemak semasa pencernaan

Kulit Lemon

Image credit to weightlossvenus.com


Kulit lemon sebenarnya sangat baik. Ianya berfungsi mencegah kanser dan membantu merawat diabetes. Dalam membantu menguruskan badan, kulit lemon bertindak sebagai penghalang penyerapan gula kedalam darah, oleh itu membantu berat badan yang stabil. Masak kulit lemon bersama sedikit air dan biar mendidih selama 10 minit. Biarkan sejuk dan boleh tambah gula jika rasanya sedikit pahit.

Best kan jika kita tahu tips kurus dengan lemon sahaja pun dah boleh membantu kita untuk mengawal berat badan. Jom cuba!

You Might Also Like

0 comments