Ini Caranya Fattah Amin Meminang Fazura!

November 26, 2017

Gambar dan Video sekitar Majlis Pertunangan Fattah Amin dan Fazura


Fattah Amin akhirnya berjaya meminang heroinnya sendiri dalam drama gandingan mereka berdua Hero Seorang Cinderella pada 13 November lalu. Sebelum ni heboh di social media bahawa Fattah dan Fazura telah pun bernikah dalam satu majlis tertutup sebelum mereka berangkat ke umrah. 

Walaupun begitu berita palsu pernikahan tersebut telah dinafikan dalam satu sidang media.

Fattzura, Fattah Amin, Fazura, Fattah Amin Fazura Nikah, Majlis  tunang fattah amin, rizman ruzaini, baju tunang fazura, baju nikah

Fazura Dirisik Dan Dipinang oleh Ibu Fattah 

Dalam sidang media tersebut, Fattah dan Fazura menjelaskan kepada para wartawan dan peminat bahawa mereka telah selamat bertunang pada 13 November lepas sebelum berangkat ke umrah. Keluarga Fattah telah hadir ke rumah Fazura dan melangsungkan upacara risik dan meminang tanpa kehadiran wartawan dan hebahan di social media bagi memberi ruang privasi kepada kedua belah pihak.



Fazura manis mengenakan busana rekaan dari teman rapatnya sendiri yang juga seorang pereka fesyen terkenal tanahair Rizman Ruzaini.  Khabarnya Rizman adalah orang pertama yang dihubungi Fazura sejurus selepas Fattah melamar beliau! Rizman juga akan mereka busana pengantin bagi Fazura dan Fattah nanti. Wah mesti cantik kan nanti


Majlis Nikah Dalam Masa Terdekat, Resepsi pada Tahun 2018

Fattah dan Fazura juga menjelaskan majlis pernikahan yang mungkin berlangsung dalam masa terdekat sebelum hujung tahun dan majlis resepsi akan diadakan pada tahun depan 2018.

Fattah dan Fazura sekarang dalam proses daftar Kursus Kahwin dan menyelesaikan urusan rasmi berkaitan pernikahan mereka. Haa biasalah kan macam orang lain juga walau mereka ni artis tetap kena lalui proses nikah seperti kebanyakan orang. Mana boleh nikah express uolls!


Video Sekitar Majlis Pertunangan Fattah Dan Fazura




You Might Also Like

0 comments