Resepi Jus Tenaga

June 15, 2017

Bulan puasa kali ini agak mencabarkan kerana cuaca yang panas dan bahang. Banyak tenaga dihabiskan untuk badan kita menyesuaikan diri dalam bahang panas. Jadi faktor pemilihan makanan semasa berbuka dan sahur adalah penting dalam memastikan badan sentiasa bertenaga dan stabil tahap gula, air dan darah.

CiliCheese nak share satu resepi Energy Juice atau jus pemberi tenaga

credit image to middleagebulge.com


Resepi Jus Tenaga (Energy Juice)

Bahan-bahan

3 batang celery
1 biji timun
1 biji lemon diambil jusnya sahaja
1 biji apple hijau
1 inci halia
1 sudu besar madu (boleh digantikan dengan sedikit gula)
Air tapis atau air masak

Cara - cara 

Kisar semua bahan mengunnakan pengisar atau juice maker sehingga halus. Masukkan dalam botol dan sejukkan dalam peti sejuk. Boleh lah dihidangkan ketika berbuka puasa dan sahur


You Might Also Like

1 comments